Cart 0
n1.png

100 HARI MENGENAL CINTA

RM 19.20 RM 2,400.00


Airina Hanissa menjadi tunangan Harris tanpa sebarang rasa cinta. Setelah Harris ketahuan hanya mempergunakan Airina untuk memburu cinta Syida, Airina nekad untuk putuskan pertunangan sekaligus membatalkan majlis perkahwinan mereka. Hazizul Amin, adik sebapa Harris, muncul memberi idea.

“Kita kahwin. Untuk 100 hari. Kalau lepas 100 hari kita masih tak boleh terima satu sama lain, aku janji aku lepaskan kau,” – Hazizul Amin

“Tapi kenapa 100 hari?” – Airina Hanissa

"Aku nak kenal cinta dengan kau dalam masa 100 hari tu,” – Hazizul Amin

Airina akhirnya bersetuju dengan idea Hazizul demi keluarganya. Bermulalah perjalanan mereka dalam mengenali apa itu cinta.

Hari demi hari berlalu dan Airina mula mengenali siapa Hazizul Amin sebenarnya. Ternyata lelaki itu menyimpan kisah sedihnya sendiri. Hati Airina mula terbuka untuk Hazizul dan dia harus akui, dia sudah mengenali cinta. Tetapi bagaimana pula dengan Hazizul?

Dugaan melanda perkahwinan Airina dan Hazizul apabila Syida menggoda Hazizul. Perasaan cinta ditolak ke tepi, hanya prasangka buruk dan rasa dikhianati menguasai diri. Airina menuntut cerai meski 100 hari belum berakhir.

“Ceraikan saya!” – Airina Hanissa

“Abang takkan lepaskan sayang. Orang yang dah tolong abang overcome trauma abang. Orang yang dah lama ada dalam hati abang sejak dulu lagi. Tak pernah ada perempuan lain selain sayang!”

Daripada dulu lagi? Airina termangu sendiri. Apa maksud Hazizul?

Sebuah lagi rahsia yang disimpan Hazizul diluahkannya. Percayakah Airina pada kata-katanya? Mampukah mereka pertahankan pernikahan mereka ataupun mereka akan berpisah selepas 100 hari yang dijanjikan itu tamat? Hanya Airina dan Hazizul sahaja yang boleh menentukan pilihan mereka.
.
.
Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!