Cart 0
n1.png

CINTA EKSPRESS

RM 30.00


TAJUK: CINTA EKSPRESS

GENRE : ROMANTIK KOMEDI

(LIMITED EDITION)

BILA JODOH JATUH KE RIBA ~ AIDH & DALISHA
By - Arriya -
“Makan cepat ye. Nanti abang tolong sikat rambut Lisha. Dah macam Kak Limah dalam filem Zombi Kampung Pisang dah ha.” Aidh cuba bergurau. Sayang hanya wajah cemberut yang menyambut gurauan itu.
Rambut yang selalu saja menutup wajah buat Aidh yang memandang jadi rimas. Lepas ini pasti dia akan ikat kemas-kemas.
Melihat Dalisha akur dengan arahan, Aidh mula menyisir rambut cik isteri. Rambut dibelah di tengah. Dibahagi dua sama rata. Kemudian Aidh ikat ekor kuda. Supaya tak menganggu bila berbaring katanya.
“Taraaa! Dah cantik!” Aidh keluarkan cermin muka yang memang sengaja dibawa di dalam beg galasnya. “Maaflah. Abang tak pandai pilih getah rambut yang sesuai.”
Memang kemas dan selesa. Tetapi kegirangan itu hanya seketika. Wajah tiba-tiba muram semuramnya!
“Kenapa? Tak suka?”
Dalisha geleng.
“Kulit kepala sakit sebab abang ikat ketat sangat?”
Dalisha geleng lagi.
“Habis tu?”
Malunya hanya Tuhan yang tahu. Kenapalah sebelum ini Dalisha langsung tak sedar akan perubahan dirinya yang satu ini? Oh, mungkin kesakitan di bahagian lain melebihi kesakitan di situ. Itu yang buatkan dia langsung tidak menyedarinya.
Aidh raih bahu Delisha. Sudah dapat diteka kenapa wajah itu tiba-tiba bertukar muram.
“Bila Lisha sihat nanti kita pasang gigi baru ye. Abang janji kita pergi jumpa doktor terbaik. Senyuman Lisha akan jauh lebih cantik dari yang sebelum ini.” Janji cuba ditabur.
Air mata dikesat menggunakan belakang tangan kanan. Buruk betul wajah yang terpantul di dalam cermin itu. Sudahlah kepala bertompok-tompok botaknya, Sebelah mata dah macam lepas kena tumbuk. Gigi depan pula lesap entah ke mana. Macam manalah encik jiran ni sudi menikahinya dalam keadaan seburuk-buruk keadaan itu agaknya?