Cart 0
n1.png

Cucu Lanun

RM 22.40 RM 2,800.00


Lanun? Siapa dia?

Dua lelaki. Seorang tua dan seorang lagi muda. Yang tua bergelar datuk. Punya kuasa dan kedudukan. Yang muda bergelar cucu. Mata keranjang dan tukang menghabiskan harta keturunan. Kedua-duanya tidak serasi bila seringkali berjumpa.

“Kalau kamu masih anggap kamu adalah keturunan John Legend, kamu dengar cakap saya dan jangan nak membantah.” Tuan John.

Diletak pula dalam kehidupan yang cukup daif. Tinggal dirumah usang pusaka nenek moyangnya sendiri. Dalam susah-susah, berkenan pula nak memikat anak jiran depan rumah.

“Eh, mana boleh pegang-pegang. Haramlah.”- Arin
“Nak halalkan macam mana? Naz 
“Eh, mana boleh kongsi dengan orang. Itu rahsia peribadilah.”- Arin
“Kedekut! Minta-minta biarlah lelaki tu aku.”- Naz
Namun, gara-gara 5 ribu, Arin hampir jadi mangsa gadaian ‘Along’. Dan penyelamatnya, Encik Jiran a.k.a Naz Amsyar. 
“Kau nak buat apa?”
“Kita kahwin?”
“Kau gila?”
“Tak payah nak terkejut sangatlah. Kahwin aje pun. Bukan suruh kau jual maruah dekat aku.”

Ingatkan kahwin selesai masalah, rupanya tambah masalah. Sehinggalah terbongkar rahsia yang Naz Amsyar adalah cucu Tuan John. Bertambah ngilu hati Arin apabila si cucu lanun ini rupa-rupanya kasanova.

“G tu apa?”- Arin
“Gundeklah.”- Naz

Bila G sudah menyerang, Naz Amsyar jadi tidak senang duduk. Jadi terpaksalah Arin menjalankan misi Mak Jemah vogue dengan lelaki itu. Semuanya gara-gara sayang.

Tapi mampukah Arin menyelesaikan misi menghapuskan G, Naz Amsyar? Dan bagaimana dengan Naz Amsyar bila diberi dua syarat dari Tuan John. Berjayakah atau tidak cucu lanun ini mendapatkan apa yang dia mahu?