Cart 0
n1.png

Devil of My Life

RM 24.00 RM 3,000.00


Bermula dengan pertemuan dengan seorang anak guaman disebalik 'pagar besi', hidup Rasya Imani berubah sepenuhnya apabila dia diculik oleh anak guamannya sejurus kes itu selesai. Nasibnya malang apabila dia diculik dan dibawa ke sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Sebuah pulau yang penuh dengan kuncu-kuncu si 'Devil' yang ganas dan bersenjata. Silap sikit, mungkin kepalanya bakal hancur ditembusi peluru kuncu-kuncu si 'Devil' yang sentiasa berkawal diseluruh pulau tersebut.

"Perlu ke kau culik aku macam ni?. Kau tahu kan apa akibatnya dari perbuatan kau ni?." ~ Rasya Imani.

"Aku memang dilahirkan untuk melanggar undang-undang. Dan kau pula? Dilahirkan untuk pertahankan aku dengan pengetahuan yang kau ada didalam mahkamah." ~ Norman Daniel Eduardo.

"Bukan ke kita ibarat pasangan yang serasi? Kau tak rasa ke tanpa penjenayah macam aku ni, peguam macam kau tak akan dapat kerja?." ~ Norman Daniel Eduardo.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku, Daniel?. Aku dah sedaya upaya bantu kau dan kes kau pun dah selesai. Tolonglah lepaskan aku. Kau nak apa?!. Beritahu aku cepat!. Aku tak ada masa nak layan kegilaan kau ni la, Daniel!." ~ Rasya Imani.

"Aku nak kau.. Welcome to hell, Rasya!" ~ Norman Daniel Eduardo.