Cart 0
n1.png

ENCIK KEMBAR JATUH CINTA

RM 24.00 RM 3,000.00


TENGKU ZALIF baru selesai solat namun Didi masih
di atas katil. Puas dia mengejutkan isterinya tetapi
tidak dihiraukan oleh Didi. Akhirnya Tengku Zalif solat
sendirian.

“Saya kira sampai tiga, kalau awak tak bangun
jugak. Siap!” Tinggi nada Tengku Zalif.

Didi menekup mukanya dengan bantal. Malas
mendengar leteran suaminya.

Okey, tak nak dengar, kan…” Tengku Zalif
bergegas ke bilik air dan membawa semula segayung
air.

“Siap kau! Degil sangat.” Laju langkahnya ke
tepi katil. Bantal yang menekup muka Didi dirampas
lantas air di dalam gayung dicurah ke atas muka Didi.
Rasakan!

Tercungap-cungap Didi saat air masuk ke
dalam lubang hidungnya. Sepantas kilat dia duduk.

“Awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke?” Soal
Didi sambil terbatuk-batuk. Jelingan diberikan pada
suaminya.

Tengku Zalif tersenyum puas. “Ha’ah. Memang.
Kalau boleh orang yang tak nak solat ni, dibunuh saja.
Senang sikit kerja aku! Tak banyak dosa nanti. Hei!
kau dengar sini! Aku ni suami kau, tau? Dari atas
sampai bawah aku tanggung dosa kau! Sekarang kau
tak payah banyak cakap. Kau bangun! Solat!” Tengku
Zalif dah macam singa. Keturunan drakula.

Mata Didi terbeliak. Laju langkahnya ke bilik
air. Selang beberapa minit Didi keluar semula dan
terpaksa melakukan solat yang sekian lama dia tidak
lakukan, di hadapan suaminya sendiri.

Tengku Zalif sudah menyiapkan baju untuk
isterinya. Sejurus sahaja Didi melipat telekung,
Tengku Zalif menyerahkan baju pada isterinya

“Kau nampak tak iron board kat hujung tu. Kau
gosok baju aku ni. Lepas tu dalam rumah ni kau kena
pakai baju longgar-longgar macam ni. Kau jangan nak
menggedik pakai baju hantu bungkus tu!”
Tengku Zalif sudah memulakan misinya. Didi
hanya menurut. Banyak benda dia kena bersabar
semata-mata mahu diceraikan. Didi meneliti baju
blouse saiz L.

“Saya saiz S kenapa kena pakai saiz L?”

Tengku Zalif yang sedang ralit melihat tab di
tangan terus bangun dari katil. “Sebab dalam rumah
ni, ada mata-mata yang tak boleh pandang tubuh
kau! Kalau kau nak sangat baju saiz S, kau boleh
pakai depan aku saja. Faham?”