Cart 0
n1.png

Graviti

RM 23.20 RM 2,900.00


Kisah Ajin & Yujeen pula.....

Cinta itu bagaikan graviti, walau jauh mana kita berlari, walau tinggi mana kita terbang, bila tiba waktunya kita akan tertarik dan jatuh cinta tanpa kita sedari.

“Cepatlah bagi nombor kau,” gesa Ajin. Hatinya panas membara bila Yujeen buat tidak tahu. ‘Ish! Minah ni dah kenapa? Geram betullah!’ sungutnya di dalam hati.

“Cepatlah Yujeen! Panas ni,” gesa Ajin lagi. Ajin mengibas wajah dengan tangannya. Yujeen mengeluh perlahan melihat sikap Ajin yang dingin itu. Seolah-olah cuba membina tembok di antara mereka.

Yujeen mengoyak secebis kertas dari buku lukisan yang tersimpan dalam beg. Nombor telefon bimbitnya dicatat laju lantas dia menyuakan cebisan kertas itu pada Ajin.

“Terima kasih,” ucap Ajin perlahan.

Lama Yujeen memandang Jade yang ceria tatkala bersembang dengan R’an.

Sesaat kemudian Yujeen mengalihkan pandang pada Ajin yang sedang tersenyum melihat R’an yang ketawa di seberang jalan. Perlahan dia menelah air liur. Entah mengapa hatinya bergetar apabila melihat sepasang mata indah milik Ajin.

“Ajin!” jerit Chip. Yujeen yang sedang ralit memandang Ajin tersentak mendengar suara Chip. Segera dia melarikan pandangannya ke arah lain.

Ajin menyimpan nombor telefon Yujeen sebelum melangkah menuju ke seberang jalan. Baru beberapa langkah dia menapak, Ajin berhenti dan berpusing ke belakang. Matanya asyik merenung Yujeen yang masih berdiri di kaki lima.

“Haila, minah ni. Berdiri macam patung lilin buat apa? Aduhai!” omel Ajin perlahan sebelum kakinya berpatah balik ke arah Yujeen.

“Jom,” selamba saja Ajin menarik tali beg Yujeen sebelum mengorak langkah ke arah Jade, R’an dan Chip. Yujeen hanya mampu mengikut, entah kenapa dia terasa getaran halus di dadanya.