Cart 0
n1.png

Hati Yang Tersakiti

RM 16.80 RM 2,100.00


“Cop! Cop! Saya tak cakap pun yang saya nak ikut encik.” Cepat-cepat Farhaini membetulkan. Tak adanya tiba-tiba dia nak naik kereta orang yang tak dikenali.

“Habis awak nak basah kuyup dekat sini?”
Farhaini diam. Bibir bawahnya digigit sedikit.

“Encik ajak saya naik kereta ni atas niat apa? Kita bukannya kenal pun.”

“Saya nak hantar awak balik. Saya kasihan tengok awak duduk mencangkung kena hujan macam ni,” jelas Adam separuh menjerit. Nak menyaingi bunyi hujan.

“Err…” Farhaini masih ragu-ragu. Tapi, bila tengok keadaan hujan yang semakin lebat dicampur pula dengan angin, dia tidak punya pilihan. Bajunya sudah agak basah. Baju lelaki itu juga.

Untuk elakkan kebasahan yang lebih parah dia akhirnya mengangguk. Nampak riak lega di wajah Adam. Lelaki itu menyuakan payung ke arahnya. Farhaini memandang Adam yang juga kebetulan sedang memandangnya.

“Saya ada satu payung ni aje. Kita kongsi.” Lelaki itu senyum.