Cart 0
n1.png

Kekasih Yokkaichi

RM 20.72 RM 2,590.00


“Jadi, awak datang sini cari saya?” Takishi bertenggek di tempat duduk belakang basikal. Sempat dia mengerling ke sisi, ke wajah kekasih hatinya yang sangat dirindui. Ana masih lawa meskipun mukanya sudah nampak bengkak sebelah.

“Tak,” jawab Ana selamba.

“Jadi, awak datang ke sini untuk apa?” Terkalih terus muka Takishi dengan jawapan Ana itu.

“Saya cari hati saya yang tertinggal di sini.” Ana datang dan menyandar di tempat pembonceng, bersebelahan Takishi sambil dia melepaskan senyum jauh ke hadapan, ke arah pokok-pokok ru yang tumbuh sederet di taman itu.

“Hati awak saya masih simpan, Liyana. Kejap-kejap di dalam hati saya ini,” luah Takishi.

Ana menggigit bibir sambil mengawal senyumnya. Namun tidak berdaya apabila pandangan romantis lelaki itu luruh ke raut wajahnya dengan suatu pandangan yang tidak dapat Ana tafsirkan, membuatkan jantungnya berdegup dengan begitu laju.

“Boleh saya ambil balik hati saya?” luah Ana pula dengan malu-malu. Manja dan mendayu suaranya. Pandangan mereka terikat dan senyuman masing-masing bergayut di bibir.

“Boleh. Tapi sudah bercantum bersama hati saya. Kena ambil dua-dua sekali.” Takishi melaratkan usikan.

Kekasih Yokkaichi, mungkinkah jejaka Jepun ini jodohnya?