Cart 0
n1.png

Keranamu Juani

RM 24.00 RM 3,000.00


Dia cantik, pintar...tetapi hidupnya di Taman Utama dan Kafe Indah sahaja. Kakinya 'diikat' atas sebab yang dia sendiri tidak mengerti. Bila cerita pasal kasih sayang, ada Pak Ngah Mad sudah cukup. Tapi, itu kata di mulut, hatinya pula bagaimana?


"Kau tahu tak yang rumah banglo kat hujung taman tu dah ada penghuni?" - Bea

"Rumah yang besar tu ke? Rumah Pak Aryan?" - Juani


Bila 'ikatan' perlahan-lahan dibuka, muncul pula si dia yang mengucar-ngacirkan hati dan perasaan.


"Kenapa, Redza? Apa awak nak sebenarnya dari saya?" - Juani

"Saya nak awak." - Redza


Gila kan? Kenal tidak, tiba-tiba cakap nak dia. Ingat dia ini barang untuk dipilih sesuka hati dan bayar di kaunter bila berkenan ke? Memang sah gila! Harap muka sahaja handsome tapi sewel!


Makin Juani nak nafikan kehadiran Redza yang muncul secara tiba-tiba tapi tahu macam-macam pasal dirinya itu, makin hari hati turut mengiyakan perasaan yang tiba-tiba hadir. Namun, bila rahsia demi rahsia terbongkar, dia rasa lelah untuk menghadamnya.


Ingatkan hidupnya selama ini ringkas sahaja. Tapi muncul pula Tok Aki, Ayah Mie dab Warisan Holdings. Nak jadi cerita, kemunculan Redza juga bersebab.


Mampukah dia menerima Redza setelah apa yang dikhabarkan oleh lelaki itu? Yakinkah dia yang lelaki itu benar-benar menginginkannya ataupun sekadar sebab 'itu'? Sanggupkah dia melepaskan lelaki seperti Redza yang tak pernah dia impikan selama ini?


"One day you're gonna remember how much I care about you. Then you're gonna hate yourself for letting me go." - Redza