Cart 0
n1.png

MAHABBAH TERINDAH ADAM & HAWA

RM 24.00 RM 3,000.00


“Assalamualaikum.” Sapa Hawa perlahan bila saja telefon diletak di tepi telinga. Ada sedikit debar di dalam sana.

“Waalaikumsalam.” Mendengar suara itu bagai ada sesuatu yang mengetuk hati kecil Hawa. Sukar untuk mentafsir namun hati rasa tenang dan segala resah seakan dibawa jauh pergi dari hati. Kenapa dengan hatinya? Apa sebenarnya yang dia inginkan? Lama keadaan sunyi dan sepi. Baik Hawa mahupun Adam, lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya hati yang sedang berdetak.

“Papa te?” Suara Suri mengejutkan Hawa.

“A.. ada apa ya?” Soal Hawa sedikit gugup.

“Abang nak cakap dengan anak abang tu. Tolong bagi telefon dekat dia.” Jawab Adam terus. Hati Hawa yang tadi tenang kini bagai dilibas. Pedih. Sikit pun Adam tak sudi untuk bertanya khabar dirinya. Yang jauh dari telinga itu juga yang diingatinya.

“Kejap.” Dengan lemah, Hawa kembali ke katil. Telefon dihulurkan pada Suri.

“Papa nak cakap.” Terus ceria muka Suri bila dengar nama papa.

“Alaitum.” Salam diberi walaupun pelat. Dah biasa dengar mama dia cakap macam tu bila jawab telefon. Hawa hanya memerhati sambil menyarung lampin pakai buang dan seluar ke tubuh Suri.

“Mama?” Hawa pandang Suri bila dengar Suri sebut mama. Anak mata jernih itu sedang pandang muka dia. Hawa nampak Suri mengangguk dan kemudian menggeleng. Yakin saja yang papanya nampak aksinya itu. Adam ada tanya pasal dia ke?

Hawa baring sambil menongkat kepala. Ralit memerhati gelagat Suri. Sekejap ketawa, sekejap tutup mulut dan ada ketikanya mulut halus itu seakan takut-takut untuk bersuara bila pandang dia. Entah apalah yang Suri sedang borak dengan Adam, tapi Hawa dapat rasakan.. orang di sebelah sana sedang bertanya dan membicarakan pasal dia. Acap kali terkeluar perkataan mama dari mulut Suri. Dua beranak itu sedang mengumpat dia ke apa?

“Papa nak atap.” Suri hulur telefon pada Hawa beberapa minit kemudian. Laju saja tangan Hawa menyambut. Entah kenapa, tapi hati rasa seronok dengan tiba-tiba.