Cart 0
n1.png

Melati Untuk Gabriel

RM 20.80 RM 2,600.00


“Tolong jaga adik aku.”


Sebuah amanat kawan menjadi sebuah janji yang mengikat. Mulanya Gabriel tidak ambil peduli sangat tentang adik Aman yang menjadi amanah untuknya itu. Dia bukannya malaikat. Diri sendiri tidak terjaga, diminta pula menjaga anak orang. Memang satu kerja gila. Tetapi, kemudiannya dia ingin membuktikan yang dirinya masih ada nilai sebagai seorang manusia yang tahu apakah itu tanggungjawab.


“You ni betul-betul perangai macam mafia.” – Gabriel


“Kalau I ni mafia, you dah lama dah kena lapah kepada 18 bahagian tau.” – Melati


Adik Aman memang bengang sangat. Lancang benar pemuda yang tidak dikenalinya itu memanggilnya mafia. Okey, kalau dia mafia, pemuda itu pula mesti seorang yakuza dengan budi bahasa kelas ketiga. Menyakitkan hati sungguh. Malangnya, si yakuza sengal itu yang kerap muncul di hadapan mata. Entah apa malang nasib diri yang yatim piatu.


Tidak cukup sakit hati dengan gelagat si yakuza, dia sakit jiwa dengan Gabriel yang sesuka hati mengaku diri sebagai kawan abangnya. Walhal dia yakin arwah abangnya tidak mungkin berkawan dengan pemuda yang bermulut celopar itu. Tetapi, demi mendapat kerja, terpaksa dia ketepikan ego untuk menerima bantuan Gabriel. Di situ, dia bertemu dengan si yakuza kembali.


Sebumbung tidak menjanjikan mereka semakin mesra. Semakin mencari gaduh dan bermusuh adalah. Konon benci, konon musuh azali. Tetapi, tatkala tiada di hadapan mata, hati menjadi rindu. Cintakah ini?