Cart 0
n1.png

Merindu Tanpa Kata

RM 18.40 RM 2,300.00


“I love you... Is that the missing word that you forget?” - INDAH

“I love you. I’m sorry. I will never forget this word. And I will never forget you.” – KAIZRIL

Orang kata cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi sebaliknya yang berlaku antara Indah dan Kaizril. Hanya kerana kesilapan yang indah, akhirnya menjadi titik permulaan cinta mereka. Dengan suara, hati mereka mula menyanyikan lagu rindu. Hati tiba-tiba berbunga-bunga mengenangkan kata-kata si pemanggil misteri.

Itulah yang Indah rasai. Indah benar-benar bahagia dengan kehadiran Kaizril Kamaruddin. Kehidupan yang dilaluinya terasa cukup lengkap dengan adanya cinta dan keprihatinan Kaizril. Siapa sangka kebetulan rupanya menjadi pembayang pada pertemuan dua jiwa?

“Orang handsome macam ni takkan frust kut?” 

“Saya tak frust. Saya sakit rindu. Hati rindu. Jiwa saya rindu. Mata saya rindu. Fikiran saya rindu...”

Benarlah cinta sejati tak mudah untuk dimiliki. Kehadiran Johari sebagai pendengki dan keikhlasan Rizal mendamba kasih yang suci... menjadikan Indah lemas dan panasaran dalam mencari erti cinta sebenar. Mampukah indah mencari erti cinta sebenar dengan kehadiran Natasya dalam hidup khaizil dan dendam sepupu sendiri iaitu Johari. Semuanya dalam naskah MERINDU TANPA KATA.