Cart 0
n1.png

RAHSIA KITA BERDUA

RM 20.00 RM 2,500.00


“Kalau Ain masih tak pulang sampai lusa, kau sanggup kahwin dengan aku? And I’m SERIOUS.” - Emirza Soalan tersebut memerangkap Emirza dalam perkahwinan yang tak disangka-sangka. Berkahwin dengan kawan sendiri, Mikael Kashfi. Bagi Emirza, perkahwinan itu hanyalah untuk menyelamatkan keadaan, menggantikan sepupunya yang menghilang dua hari sebelum majlis. Tapi, lain pula buat Mikael. “Aku tak ambil keputusan untuk kau setuju gantikan tempat Ain kalau aku ada niat untuk sia-siakan perkahwinan ini. At the moment kau jadi wife aku, selamanya kau akan pegang title tu.”- Mikael. Benar ini bukan kahwin paksa tapi tetap juga Emirza perlukan masa sebab mereka bukan kahwin suka sama suka. “Betulkan aku kalau aku silap. Bila kau minta masa, kau tak terfikir nak suruh aku kembali pada Ain bila Ain muncul balik nanti kan? Kalau kau ada terfikir macam tu...please Emi. Betulkan pemikiran kau. I’m not a baton untuk di-pass macam tu.”- Mikael “I don’t have any intention to pass you like a baton, Mika. And you know I do not lie.” - Emirza Emirza mencuba untuk menerima ketentuan. Di saat dia mula sukakan Mikael, rahsia sebenar Ain melarikan diri terbongkar. Rasa bersalah pada Ain menghantui jiwa. Dan bila Ain kembali, Emirza ambil keputusan mengejutkan. “Save her. Boleh tak abang berkorban untuk elakkan Ain daripada terus jadi mangsa orang yang salahkan dia?” - Emirza “Emi tak faham apa yang abang rasa. Because you didn’t love me enough. And I thought you did. Abang tak sangka semudah ni Emi nak serahkan abang pada orang lain.”- Mikael. Adakah Mikael akan ikut rancangan Emirza untuk mengambil Ain sebagai isterinya? Dan apakah rahsia sebenar Ain melarikan diri sehingga Emirza diburu rasa bersalah?