Cart 0
n1.png

Rindu Tiada Noktah

RM 22.40 RM 2,800.00


BLURB

Percutian ke India menemukan semula Khai dan Adwa selepas bertahun-tahun tamat
persekolahan. Adwa membuatkan Khai terpana. Ada sesuatu pada Adwa yang selama ini
tidak diendahkan. Dia jatuh cinta! Dia mesti tawan hati itu.
“ Kalau saya tak nak bercinta dengan awak? ” – ADWA QISTINA
“ Okey... jom kita berkahwin! ” – SYED QAYYUM
Kasih disahut Adwa. Hubungan direstui keluarga. Dua keping hati disimpul rapi di dalam
ikatan pertunangan. Masing-masing mula menyemai benih kasih untuk menyuburkan lagi
taman hati.
Namun, Khai diduga dengan kehilangan insan tersayang. Sebuah rahsia ditinggalkan.
Kerana rahsia itu, Khai pergi membawa diri tanpa menoleh buat kali terakhir. Dalam tak
sedar, hati Adwa disakiti dengan sebuah penantian.
Di Tanah Suci menemukan semula pasangan kekasih yang sekian lama terpisah. Rindu
itu tak pernah terpadam. Malah semakin marak menyala apabila kembali bertentang mata.
Khai mengalah apabila masing-masing tak sanggup lagi menanggung rindu. Di hadapan
keluarga Adwa, dia mengakhiri sebuah penantian.
“ I thought you never love me anymore. ” – ADWA QISTINA
“ Hati ni... Hanya ada nama awak. Tak mungkin ada nama yang lain. Sejak dulu sampai
lah bila-bila pun. ” – SYED QAYYUM
Mereka hanya ada cinta dan kesetiaan. Namun mampukah cinta dan kesetiaan itu
menghuni sekeping hati yang semakin diuji? Rindu ini tiada penghujungnya. Malah ia
tiada bernoktah.