Cart 0
n1.png

Setulus Kasih Alif

RM 19.92 RM 2,490.00


“Ya Allah, kuatkan aku untuk melawan kesakitan ini supaya mereka tidak melihat kesengsaraanku.” Alif mengadu pada yang Satu.


Alif semakin tidak tahan dengan kesakitannya. Penyakit yang ditanggung seakan membunuhnya dari dalam. Hanya Tuhan tempat dia mengadu.


Faruq, Zack dan Nik, sahabat baik yang menjadi tempat dia meluah perasaan. Suka, duka, derita, bahagia semuanya dikongsi bersama.


“Faruq, Allah Maha Adil. Kau tahu, aku juga tahu. Allah tahu kita penat. Allah tahu kita tak larat. Dia takkan bagi ujian yang berat melainkan hamba-Nya mampu menanggungnya sebab Allah lebih tahu segala-galanya.”

“Fiya suka Alif tak?” Soal Fahmi.

“Siapalah Fiya ni bang. Dia enggang Fiya ni pipit. Tak sesuai terbang bersama.”


Safiya Medina, si ‘pipit’ yang cacat penglihatan menaruh hati pada Alif, si ‘enggang’ yang sempurna. Dia gadis sederhana. Alif pula jejaka berada yang memiliki segalanya.


Kehadiran Safiya mengubah kehidupan Daniel Alif. Hatinya kini berbelah bahagi. Dia ingin memiliki Safiya namun penyakitnya bagaimana pula?


Kasihnya pada Safiya tak terucap dengan kata-kata. Andai nafasnya terhenti di sini. Doanya, moga Safiya berbahagia buat selamanya. Setulus Kasih Alif, dia berserah pada Yang Maha Esa.